(kihkih tajuk macam laporan buletin sekolah.)
Assalamu'alaikum.
Dah lama rancang nak naik Broga dengan Cam. Kalau nak diikutkan, Cam ajak dari bulan puasa lagi. Kira macam nak merasai semangat Badar tu. So much of Contengan Jalanan. I was excited by the idea but the proposal was rejected by inche ayah. Ayah kata nak naik Broga jangan dalam bulan puasa.
On the first day of raya, ayah suddenly asked me,
"Ha bila nak naik Broga?"
To which I answered,
“Hehehe ayah nak naik sekali ke?”
Ayah said,
“Aish. Mana ada. Kan haritu kata nak naik Broga.”
Excited bila ayah tanya. Maknanya ayah bagi green light la nak memanjat tu. Terus roger Cam, dan rancang nak naik pagi Sabtu. Mula-mula Kak Aishah dengan adiknya pun nak ikut, tapi last minute Kak Aishah cancelled sebab ada sedara mara nak datang rumah. Mula-mula rancang nak tidur dekat RI Fateh, tapi disebabkan aku berdua dengan Cam je, jadi Cam kata tidur dekat rumah dia je la Jumaat malam tu.
Rancang nak gerak pukul 5, solat Subuh dekat masjid berdekatan, dan naik lepas solat. Tapi pukul 5 dah mula hujan. Makin lama makin lebat. Aku dengan Cam dah tersengih tergelak pandang each other. Memang tak boleh nak naik la, track licin. Kami pun memujuk hati dengan solat Subuh dan Ma'thurat berjemaah.
Dan sungguh lah, manusia merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu yang sebaik-baiknya. Hujan lebat di Subuh hari, Broga plan is cancelled. Alhamdulillah 'ala kuli hal. :)
That was my status update on fb yesterday morning. Sebab dua-dua kenal tarbiyah, maka dua-dua redha walaupun ada jugak rasa kecewa. But Allah knows best. Always have and always will. :)
Lepas tu dua-dua dah taktau nak buat apa. Fikir punya fikir, nak cycling dekat Putrajaya la, nak cari bukit yang boleh naik dengan kereta la, nak pergi Sepang Gold Coast la, nak cari pantai la. Macam-macam. Betul la bak kata Cam, time single ni la nak buat kerja memanjat, jalan sana sini. Unless kalau dapat zauj yang sekufu (kaki berjalan, kaki hiking jugak). *cough* *cough*
End up Cam ajak ke Kuala Selangor sebab katanya dia macam dah janji nak attend walimah kakak kepada kawan dia. Setelah umi dan ayah bagi pelepasan untuk kami ke Kuala Selangor, aku pun bersiap-siap. Masa tengah siap-siap tu tiba-tiba aku terfikir pasal kasut. Jumaat malam masa Cam ambik kat rumah tu, aku pakai jubah dengan kasut sukan. Pakai jubah sebab senang, sarung je. Dan kasut sukan tu sebab memang initial plan nak panjat Broga. Awal-awal bila Cam cakap nak attend walimah, aku macam,
"Oh okay je. Zahidah pun ada jubah."
Ada jubah=ada baju yang decent untuk attend walimah.
Sekali,
"Cammmmm! Takkan Zahidah nak pergi walimah orang pakai kasut sukan?!"
Cam pun cakap,
"Err. Takpe la. Pakai je. Lagi pun Cam mana ada kasut saiz Zahidah nak bagi Zahidah pinjam."
=.="
Sobs.
Memang taiko habisan ni. Tudung hitam+jubah hitam+kasut sukan ---> attend walimah orang. Rasa macam ninja pun ada. Haha. Alhamdulillah la tak ada terserempak dengan orang yang dikenali.
Makanan kat kenduri sedapppp alhamdulillah! (atau memang dasar tengah kelaparan. er tapi makanan kat kenduri memang selalunya sedap pun. haha.)
Waktu borak-borak dengan Nadia (kawan Cam), kami pun tanya mana tempat best nak pusing-pusing kat Kuala Selangor. Nadia jawab,
"Hmm. Tak ada tempat best pun. Biasa je. Ke korang nak pergi bendang? Tapi kat Tanjung Karang la."
Cam pandang aku, tanya nak pergi bendang ke, terus aku angguk laju-laju. Haha. Wahaiii. Spesies kanak-kanak riang betul.
Disebabkan kami dah solat jama' taqdim, maka kami pun dengan riang rianya pergi berjalan. Alhamdulillah! Islam itu mudah. Tapiiii bukan untuk dimudahkan. ;)
Kamil pun layankan aje kakak-kakak dua orang ni nak cari bendang. Hewhew.
Cari punya cari, alhamdulillah jumpa. SubhanAllah subhanAllah subhanAllah!! Cantikkkk. Sebab Zahidah Azman kategori orang tak ada kampung halaman yang ada bendang (kampung dia kat Ampang jeee btw), maka dia sangat senang excited bila bendang terbentang luas di hadapan mata. Ya Allah, alhamdulillah for my sight. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
ninja dan tripod
kami dan pengantin. comelcomelcomel. barakallahu lakuma!
spotted along the way. klasik tau ejaan.
bukti pakai kasut sukan.
Cam: Kamil stay sini. Kitorang nak pergi sana. Ambikkan gambar kitorang.
Kamil: Ok.
Zahidah: Cam, tau tak Nikon Zahidah tu lens dia berapa jauh je? Zahidah takde lens gabak yang hebat nak zoom jejauh tau.
Cam: Takpee.
Ha ambik. Dah macam semut je dua-dua. Haha.
ma'thurat with Cam inside the car. no, that's not an app. i downloaded the pdf version of the ma'thurat. :)
"Zahidah, nak jalan-jalan kena ada GPS. Sebab kita punya sense of direction memang krik krik."
Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah.
Jalan sakan... naik cuti ni test berderet.
Assignment pun.. oho ok nak buat assignment dan lab reportsss! <--- tidak boleh ditiru. hantuk kepala sebab procrastinate
___________________________________________________________________________
"Cam nak tengok?"
'Nak! Ok... Then habis macam tu jela?'
"Yep."
'Bagus bagus. Nak tau tak, sebenarnya kan, kita rasa serabut bila tak jaga mutaba'ah.'
Banyak berjalan cuti ni. InshaAllah ada ibrah di setiap perjalanan. Moga Allah kira sebagai 'amal soleh, dan ampunkan mana yang sia-sia. :)
No comments:
Post a Comment