Friday, August 10, 2012
anak usrah #1
aku tak pernah rasa bangga bila aku mula bawa usrah.
tak.
moga Allah jauhkan semua rasa tu.
na'uzubillah.
sebab, aku tahu, ilmu aku ni kalau macam air sungai, paras buku lali je. cetek yang amat. contoh, aku tak hafal matan hadith, aku tak hafal periwayat hadith, aku cuma ingat gist dan pengajaran. aku hafal ayat-ayat sentap dan ayat-ayat pemujuk jiwa dari Qur'an yang aku nak share. tapi aku terlupa page mana. aku tak ingat surah ke berapa. sampaikan dalam usrah, aku selalu main lumba-lumba dengan anak-anak usrah siapa dapat jumpa dulu surah yang aku nak cerita dekat diorang.
seterusnya, aku tahu, bukan mudah pegang tanggungjawab. nak bawa hati-hati manusia yang cari jalan nak berubah, yang mahu cari Dia.
nak cerita tentang anak usrah #1.
anak usrah ni sebenarnya kawan aku. kawan yang banyak aku luah perasaan secara tak formal, kawan yang banyak juga meluahkan perasaan dekat aku.
nak ceritanya, awal-awal aku dapat senarai nama anak usrah, nama anak usrah #1 ni tak ada. sebab dia tak bagi nama masa sem lepas. sekali bila dia tahu aku ada bawa usrah, dia pun kata nak join. dengan nada penuh excited dia request nak join. aku nak tolak, serba salah. nak terima, macam dah ramai. tapi masa tu aku rasa, kalau aku tak nak bantu orang yang nak cari Dia, mungkin nanti Allah akan soal aku balik kat akhirat.
segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati.
aku tak pernah touch pasal tudung directly dekat anak usrah #1.
aku tak pernah mention pasal aurat kaki dan stokin dekat anak usrah #1.
aku cuma share.
sampaikan apa yang aku tahu.
mana aku rasa boleh selit untuk pengisian, aku selitkan.
regardless of bila berborak dengan dia kadang-kadang aku rasa nak gelak guling-guling, ada point dia kat situ.
dia banyak sangat bantu aku.
support aku.
perubahan ketara yang aku perhati, dia mula labuhkan tudung dia.
dan....
aku rasa sangat bersyukur bila dia mula pakai stokin!
Allahuakbar!
aku tahu, masalah nak pakai stokin ni. sebab rasa tak biasa.
sayang, sunnatullah nak berubah tu memang ada mujahadah.
keluar dari comfort zone.
segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati.
aku nampak, dia sangat cepat disentuh hatinya.
dia excited bila tahu ada usrah.
dia usaha datang awal ke usrah.
dan aku tak sangka, dengan baca Contengan Jalanan, dia sebenarnya faham yang dia tak boleh jadi baik sorang-sorang.
subhanAllah.
sebenarnya dia mula faham akan syahadatul haq.
sungguh lah.
segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati.
Allahu, aku jadi saksi betapa mereka semua mahu berubah.
sungguh, aku banyak belajar dari mereka.
dan setiap kali aku duduk dengan mereka,
sungguh aku rasa nak menebarkan kasih sayang yang tak seberapa ni pada mereka.
malah kalau Allah izin, kepada lebih ramai lagi.
dan... sebenarnya, aku teringin nak dapat tarbiyah di overseas.
Allahu.
random.
terus lah terus.
moga Allah sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment