Sambungan dari entri lepas,
Masjid Putrajaya leaves its mark in my heart. Padahal sebelum ni selalu je lalu depan tu. Tapi paling terkesan kali ni, bila dapat experience iktikaf dekat situ. Alhamdulillah Ya Rabb. :')
Sampai rumah dalam pukul 6.50 pagi.
Salam peluk cium umi, borak-borak sambil edit gambar sampai pukul 8 ke 9 lebih macam tu. Lepas tu umi suruh siap-siap nak ke Charity Shop.
Tengah-tengah gosok tudung, Kak Aishah called, sebab nak pujuk pergi Masjid Negeri. Hoho.
"Zaaaa! Jom la datang sini. Awak naik KTM pastu nanti kita ambik la."
'Tapi makcik ajak kita iktikaf kat Putrajaya lagi. Kita nak borak-borak dengan makcik, dengan kakak.'
"Diorang kan jiran awak? Boleh je anytime nak borak nak lepak sekali kan?"
'Alaa kita suka Masjid Putrajaya. Dah fall in love dah.'
"Jom la Zaa. Sampai hati awak."
'Kita nak kena pi beli baju raya apa semua, banyak benda tak beli lagi.'
"Awak boleh je beli kat sini, bawak duit lebih-lebih sikit."
"Ala kak...."
'Fine la. Camni la. Dah lupa kita.'
"Mana ada. Akak ni.."
'Fine. Ok bye. Assalamu'alaikum.'
Terus dilema wanita di situ. Nak jumpa Kak Aishah sebab dah lama tak jumpa, tapi nak ikut makcik iktikaf lagi. Cam kata dia tak kisah, yang penting bertemu dan berpisah kerana Allah. Sungguh la, tak suka bila kena buat pilihan. But then, life's all about making choices ey.
Dalam kereta on the way ke Charity Shop, terus decide cakap kat Cam, gerak ke Shah Alam naik KTM pukul 3. Confident je. Padahal belum tanya approval ayah lagi. Lama kot kitorang dekat Charity Shop tu. Disebabkan bateri fon dah habis, pinjam fon umi, minta approval ayah. Ayah pun ok je alhamdulillah. Plan nya, nak naik sekali dari stesen UKM dengan Cam. Sekali... kuasa Allah, Cam kata dia ada kereta dan boleh drive ke Shah Alam. MashaAllah, Allah mudahkan lagi sekali.
Tapi... sesat-sesat juga la Cam nak sampai ke taman rumahku ini. Hehe. Sayanggg Cam fillah inshaAllah!
Aircond kereta Cam rosak, maka bila hujan turun, kami kepanasan dalam kereta. Hihi. Sweet moment though. I've always taught myself to appreciate little things. Even it's only berpanas dalam kereta tanpa aircond di hari hujan yang lebat. It was sweet, because I'm with Cam, my beloved akhawat. Bahagia sangat rasa bila dapat borak pasal DnT. Even in the very littlest thing, Cam banyak betulkan dan ingatkan tentang tarbiyah. Jazakillahu khair Cam!
Dengan izin Allah dan bantuan GPS, kami selamat sampai di Masjid Negeri! Hoyeah alhamdulillah! Elok je nak ambil gambar masjid barang satu dua shoot, hujan mula turun balik. Terus lari cepat-cepat masuk dalam masjid.
Buat solat tahiyatul masjid, solat asar, pulun habiskan Al-Kahfi, lepas tu turun ambil nasi dekat tingkat bawah. Dah cop tempat, kami pun pusing-pusing cari baju. Eheh. Alhamdulillah, dapat beli jubah baru. :)
Kak Aishah sampai dekat pukul 7. Pusing-pusing dengan Kak Aishah sekali. Bila dah dekat nak berbuka, kitorang pun gerak ke tempat berbuka. Seronoknya tengok ramai-ramai orang berbuka sekali. Ehe. Kak Aishah masak lauk kambing. And I love the kuah and the mushroom! Alhamdulillah. (habis naik balik body fat ku. kena makan omega 3 herbalife banyak2 nih.)
Solat Maghrib jemaah dengan Kak Aishah dan Cam, lepas solat kitorang discuss pasal DnT kat tempat masing-masing. InshaAllah ada upcoming daurah. Tapi masa tu macam dah dekat finals. Oho. Kena susun balik jadual ni.
Solat Isya' dan terawih diimamkan imam dari luar rasanya. Sebab bacaan macam bukan macam bacaan orang Melayu. Sedap sangat mashaAllah. Masa doa qunut tu, sedih, mendayu-dayu sampai menangis imam tu. Walaupun tak faham, tapi sedih dan sebak jugak mendengar.
Kalau nak diikutkan lepas habis terawih nak terus tidur sebab penat sangat. Tapi Cam ajak turun moreh dulu. Sekali, makanan moreh dah habis. Keke. Alhamdulillah ada bubur lambuk extra yang kitorang ambik waktu berbuka.
Yada yada yada, kami pun gerak ke tempat lepak (ie: partition untuk tidur). Kak Aishah entah dekat mana. Zahidah yang dah tak mampu menahan mata, terus tidur dulu. Sekali Kak Aishah call dua kali, tanya kitorang dekat mana. Mamai-mamai jawab telefon. Rasa malas nak cakap pun ada. Haha. Sorry kakk. Dalam tengah mamai tu, baca sms dari Kak Aishah. Satu sms tu buat aku jatuh rahang sekejap. Tapi disebabkan mengantuk tu lebih menguasai diri, maka ku tunaikan hak tidur yang badan ku perlukan. Ceh. :P
Asyik terjaga sebab banyak nyamuk. Serius, teruk kena gigit nyamuk. Tapi duk terngiang ayat Kak Wani time ISK dulu,
"Tarbiyah bukan untuk orang yang manja."
Pujuk diri untuk sabar. Tak cukup tidur lagi, tapi sebab tak tahan dengan nyamuk, terus gerak ambil wudhu'. Bangun-bangun tengok Cam tak ada kat sebelah. Taktau Cam kat mana, sebab sebelum tidur tu Cam kata dia nak study. *fuh student medic kita fuhh* Disebabkan ada qiyam jama'ie, maka tak proceed dengan tahajjud. Mengaji dulu. Tapi habis satu page, mata memang masih berat macam digantung mesin basuh bak kata Hlovate. Decide untuk sambung tidur dalam keadaan duduk sebab nak jaga wudhu'.
Dalam pukul 3 macam tu, gerak naik ke tingkat atas. Cam buat sharing sikit pasal Quranic Circle. Sambung tilawah lagi. Pukul 4 lebih, mula qiyam jama'ie. Pukul 5 sahur. Teringat maktab bila kena beratur ambil makanan. :')
Tengah-tengah sahur, tanya Kak Aishah pasal sms dia.
"Kita nampak, orang pakai baju hitam dengan putih, pakai beg hitam, macam muka kawan kita tu, tapi tak sure sangat la Za."
And I was like,
"Ooo. Ok."
Kami bersahur dengan gembiranya. Solat Subuh bersama-sama. Tilawah sikit, dan kitorang tidur balik. Tidurrr je keje. :P
Pukul 7 lebih, Kak Aishah gerak balik rumah. Aku dengan Cam bertolak pukul 9 lebih. Kitorang decide nak hop in kat Masjid Putrajaya pulak. Ma'thurat and Dhuha kat sana. Alhamdulillah.
Lepas tu terus gerak balik rumah, salam peluk cium Cam, bagi Cam pinjam buku, and that marks the end of our masjid-hopping mission. Alhamdulillah.
Bak kata Cam,
"Time single ni la kerja nak masjid-hopping, jalan sana sini. Sama jugak dengan hiking. Kalau nak hiking, hiking time single. Unless dapat future husband yang kaki hiking takpe jugak. Nanti dengan anak-anak sekali angkut bawak pegi hiking."
*Cam seorang yang suka memanjat ye. Broga tu dah 3 kali dia naik.*
Lagi Cam kata,
"Zahidah, ada duit, ada kereta, ada masa. On je kita jalan. Nak sampai ke Johor pun boleh inshaAllah."
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Dear Hlovate, thank you for the masjid-hopping idea.
No comments:
Post a Comment