Sunday, August 12, 2012

my weekend








dalam perjalanan-

"Najwa, ada minyak angin tak?"
'Kenapa kak? Akak pening ke?'
"Huuu aah. Mabuk sangat ni jalan pusing-pusing."

'Kak Mala, ada minyak angin? Kak Zahidah pening.'

"Tak ada la. Zahidah tidur la. Awak kalau nak muntah bagitau tau."
 'Ok, ok.'

'Saya pun sebenarnya dah mula pening ni kak Zahidah.'
"Huuuu, ok. Tidur, tidur..."

sampai, ta'aruf dengan fasi perempuan-

*nampak banner imam muda dari Gaza, check tarikh, wahhh! malam ni!*

"MashaAllah. Ada terawih dengan imam dari Gaza ke? Ya Allah bestnyaaa. Akak dari awal Ramadhan balik rumah tu teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Ya Allah, Allah makbulkan! Alhamdulillah."

-----------------------

'Ok, kenalkan nama dan umur. Lain-lain kita boleh ta'aruf selepas ni inshaAllah.'
"Zahidah, 20." 

------------------------

"Nak panggil nama je ke nak panggil 'akak'?"
'Hehe tak kisah.'
"Najwa panggil apa?"
 'Panggil 'kak Zahidah'.'
"Ok kalau camtu saya panggil akak pun akak jugak la."

-----------------------

"Farah biasa jadi fasi eh? Mak ayah memang orang IKRAM ke?"
'Haa macam tu la. Mak ayah IKRAM. Sebab tu selalu kena join program.'
"Ooo. Seronoknya. Hehe."

------------------------

briefing dari ikhwah-

"Ok sisters boleh ambik vest ni."

***


'Hehehe Najwa, excited nya ada vest! Alhamdulillah. Jom ambik gambar. First timer ni."

---------------------------

"Abang-abang fasi, kakak-kakak fasi, kita berkumpul sekejap. Ada briefing untuk slot pertama."

***

"Untuk slot satu ni, ana harap kita semua boleh masuk sekali dengan adik-adik. Blend in dengan diorang. Kita buangkan kematangan kita sekejap untuk adik-adik. Boleh semua?"

--------------------------

"Err, awak, nama siapa eh? Kita lupa. Hehehe."
'Aisyah.'
"Oo. Hehe. Akak Kak Zahidah."

slot 1-

"Ha korang kena semangat buat cheer kumpulan kita tau. Satgi akak pulak excited sorang-sorang. Malu la akak."
'Ok kak, insha Allah!'

----------------------

"Akak ambik bidang apa kak?"
'Oh. Diploma Sains.'
"Wahhhh. Sains apa?"
'Ehe. Akak belajar semua, Physics, Chemistry, Bio.'
"Oooo."

---------------------

"Kakak-kakak, abang-abang fasi, kita akan pantau adik-adik kita sampai slot paling akhir esok hari, kalau ada adik-adik yang kita nampak macam kurang insaf lagi tu, haa kita basuh dia. Ok?"

***

'Pssst akak. Jangan garang-garang sangat dengan kitorang tau.'
"Haha. Ok, ok. Relax je. Yang penting kena participate and enjoy."

______________________________________________________________________________

MashaAllah! 2 hari 1 malam yang banyak sangat ceritanya. Alhamdulillah tsummalhamdulillah.

p/s: ramainya kakak-kakak akhawat kerja sebagai cikgu. banyak peluang untuk DF anak murid. rasa macam nak jadi cikgu pulak. ehe.

p/p/s: ada satu slot, kena bawa adik-adik dan semua fasi dari masjid ke pejabat IKRAM. masa tu terasa macam diri sendiri perlu ada kereta yang besar untuk bantu DnT. er er tapi sebelum tu, kena la mantapkan driving skills dulu. kehkeh. duk ketaq semedang cemanoo.

'Ala kulli hal,
redho Dia dan cuma redho Dia yang kami harapkan.




No comments: