Wednesday, August 8, 2012

fasa 3


Allah.
Sungguh, masa ibarat pedang. Aku kalut-kalut mengelak diri dari dicantas pedang masa.

"kak. kita sedih. sikitnya tilawah. kurangnya amal. cepatnya Ramadhan."
'kan? niatkan aktiviti lain as ibadah juga. insha Allah ada ganjaran dan redha-Nya.'

Aku iri hati dengan mereka yang sedang bercuti. Yang punya peluang luas untuk tilawah dan tadabbur, yang dapat merasa ke sana ke sini tambah ilmu buat pengisi lohong dalam dada, yang mengejar peluang solat terawih bersama imam dari Gaza dari satu masjid ke masjid, yang dapat duduk dalam halaqah dan bertadarus.

Aku lelah di celah kesibukan kuliah. Pagi hingga petang kuliah, makmal, tutorial, berkejar sana sini, tambah lagi dengan projek Bio, business plan untuk subjek ENT, lab reports yang tak pernah surut, test dan quiz yang bertalu. Bukan aku mahu cipta alasan, cuma aku sedih dengan diri sendiri. Tapi aku tahu putus asa itu bukan sifat Muslim. Aku pujuk hati,

"Allah tu Asy-Syakur kan kak? Dia appreciate hamba Dia. Kena positive!"

Satu momen aku boleh sedih, momen kedua aku cepat-cepat pujuk diri sendiri.

Aku pandang whiteboard di hadapan meja studi, kemudian lepas satu hela nafas. Target yang belum aku capai dalam Ramadhan ini. Sampaikan aku rasa, aku cuma mahu lari dan duduk diam-diam dengan hanya Qur'an di tangan.

Tapi aku tahu, lain orang lain Allah uji. Yang punya masa lapang tak semestinya guna sepenuhnya peluang yang ada. Dan tak mustahil mereka yang sibuk hinggakan jalan pun tak cukup tanah mampu untuk genggam Ramadhan dengan sebaik mungkin.

Aku sedih kalau aku sibuk fikir tentang raya sedang amal aku dalam Ramadhan tak seberapa. Bukan aku mahu bajet konon aku baik sangat. Tapi sungguh, aku tak terasa aura nak raya. Aku sibuk nak fikir macam mana aku nak khatam dan tadabbur al-Qur'an dalam masa yang sama, macam mana aku nak cuba tambah hafazan aku yang tak seberapa.

Bila aku dengar lagu raya yang beria dipasang sana sini, aku cuma mampu terdiam dengan hati penuh rasa sebal.

"Ramadhan ini diertikan begini kah?"

Tak mengapa lah. Mereka belum faham lagi. Jauh dalam sudut hati, aku cuma mampu mohon amat sangat pada Dia moga komuniti aku satu hari nanti mengerti.

"Dakwah dan tarbiyah memerlukan kesabaran yang tinggi. Sabar, sabar, sabar. Kena sabar macam nabi Zakariya yang memohon dikurniakan zuriat. Yang menyerahkan urusan kepada Allah. Apa yang kita buat, mudah-mudahan hasilnya dapat dekat orang lain. Kita hanya membuka jalan."
--murabbi

Allah.
Mohon amat sangat.

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.



No comments: