Saturday, August 18, 2012
mini masjid-hopping
a bit of my catatan jalanan of my masjid-hopping experience
Kronologi nya bermula dari Facebook.
Tengah malam, Selasa. 140812
"Za ada lagi kat Bangi? Jom terawih sama ngan Fatin Rezal?"
"Zahidah kat kampus. Esok inshaAllah Zahidah balik dalam tengahari. Kampung Zahidah kat Ampang je pun Cam. Tehe. Bila tu nak terawih sekali?"
"Nanti Cam tanya Ateyn bila dia free. If not kita dua je la. Zahidah available je ke every nite? Baik habaq awal2 if ada nite yang taley."
"Buleh ja inshaAllah. Nak terawih kat mana best? Hehe. Tengok Kak Asma' pi masjid negeri seronok je."
Bersambung di Twitter pula,
Khamis, 160812
Kak Aishah: Jom lepak msjd negeri jom jom!! :D
Cam: Takde keta! Zahidah pun kata nk g sana gak.. zahidah ada keta yg bole guna?
Kak Aishah: naiklah ktm then suruh adik kite jd driver. Hewhew
Tiba-tiba, rasa macam tak dapat nak proceed je plan iktikaf ni, lalu ku sms Cam,
"Salaam Cam. Zahidah mcm tak dpt nak pi je masjid negeri. Huu. :("
'Erm Cam pun rasa mcm tak sempat arini. Cam nak gi esok kot.'
"Dkt masjid Putrajaya agak2 ada x ruang utk muslimat iktikaf? Kalau ikutkan hati teringin je nak pi masjid UIA. Huhu."
TAPI...
Sungguh lah, perancangan Allah tu lagi hebat.
Hati dah nak sangat-sangat ke masjid Putrajaya. Cuma tak tahu macam mana nak ke sana, dan dengan siapa.
Meh nak cerita macam mana hebatnya Allah aturkan.
Lepas selesai terawih malam tu, dan sebelum witir, aku dengan umi nampak makcik Ton dan anak-anak nak beransur balik. Umi tegur makcik Ton, kemudian makcik Ton bagitau yang mereka satu family nak iktikaf dekat masjid Putrajaya. Sebab umi tahu yang aku memang beria-ia nak iktikaf, umi tanya makcik Ton kalau-kalau boleh aku nak tumpang sekali. Allah izin, ayah tak berapa sihat hari tu. Maka bila ayah tak sihat, umi pun kena stay dekat rumah juga. Masa makcik kata boleh join tu, hati aku kembang setaman, aku rasa Allah makbulkan doa aku! Dan ada juga isu berbangkit dengan kawan baik aku, Alia. Elok je aku suruh dia doakan, direct Allah tunjuk jalan.
Berulang kali aku cakap dekat umi,
"MashaAllah umiii.. My du'a is being granted. Angah memang hajat nak iktikaf dekat masjid Putrajaya pun."
Alhamdulillah. :')
Dalam pukul 12.30 pagi macam tu, makcik Ton ambil aku dekat rumah. Naufal yang drive. Kak Tasnim, Aqilah dan Syifa' pun ikut sekali. Dalam kereta aku diam je sebab segan dan tak tahu nak borak apa. Seronok tengok makcik Ton borak anak-beranak. :)
Aku jumpa apa yang aku nak cari dekat masjid tu; hati aku.
Minta hati yang baru.
Sepanjang dekat situ, ada satu doa, yang aku mohon amat sangat dengan sesungguh hati dekat Allah. Aku yakin dengan apa yang aku hajatkan.
Aku duk ghalit ambil gambar sana sini dengan Nikon, sekali makcik Ton tegur,
"Ni betul-betul first timer ni, semua benda nak ambil gambar."
Eheh. Iya, kali pertama aku iktikaf dekat masjid luar. Sebelum ni pernah qiyam dekat surau maktab dan surau kampus je.
Jazakumullahu khairan katheera makcik Ton, kak Tasnim, Aqilah, Syifa' dan Naufal.
Beberapa gambar yang aku ambil,
Lepas sahur, aku aci redah je dengan telekung, bawa Nikon ke tepi masjid dan ambil gambar pemandangan sekitar Putrajaya. Tak kisah orang pandang pun. Kiki. (rasanya memang tak ada orang nak kisah punn. haha)
cerita kedua dari mini masjid-hopping akan diceritakan dalam post seterusnya insha Allah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment