Dearest Wan, bila aku tengok kau sangat sangat tak sihat tadi, aku risau. Tapi aku tak tau macam mana nak cakap untuk tenangkan kau. Aku cuba siapkan kerja laju-laju so that kita boleh gerak balik kolej. Memang aku kurang sikit bab bercakap. Kau pun tau.
Sebab aku tak pandai cakap, aku cuma tau tunjuk how I care for my friends. Aku balik bilik laju-laju buatkan shake dan hantar kat bilik kau. Sepanjang jalan tu aku teringat hadith ni,
"None of you will truly believe until you love for your brother what you love for yourself”. (Al-Bukhari)
Ingat tak aku pernah cerita kat kau pasal ayat sahabat baik nanti dekat akhirat boleh jadi bermusuhan? Aku taknak kita macam tu weh. Na'uzubillah. Sebab tu, aku selalu cakap, biar friendship kita mudah-mudahan Allah redha. Aku tak tau kenapa aku feeling sentimental ni. Haha. Maybe sebab tadi aku baca balik post yang kau buat untuk birthday aku kot. Sila buat tak tau depan aku kalau kau dah baca post ni. Buat konon-konon kau tak baca pun. Segan. Haha.
Thanks. For being there for me. Dengar rants aku yang entah apa-apa, dengar dreams aku, dengar hikayat aku yang pi mai pi mai tang tu, layan aku yang kadang-kadang menggelabah, stick with me no matter how selebet I am, regardless of my kurang sana sini. Aku bersyukur Allah izin kita jadi kawan baik. Bukan setakat berkawan, Allah takdirkan kita related pulak.
Aku rasa, one of the reasons kita boleh jadi rapat sebab kita opposite. Haha. Kau banyak cakap, aku banyak dengar. Kau suka jadi leader, aku lagi suka jadi follower. Kau sangat confident, aku sangat la bermasalah dengan confidence. Tapi kita ada minat yang sama, multimedia it is. Haha. Sorry pengaruh kau jadi hantu video jugak. Semoga Allah izin kita dapat buat video yang bermanfaat. Semoga Allah mudahkan urusan kau dunia akhirat.
Okay sekian sesi jiwang saya. InshaAllah, I love you for His sake.
“If a Muslim loves his Muslim brother, he should inform him.” (Tirmizi)
No comments:
Post a Comment