Sunday, August 5, 2012
falling hard
i'm falling hardly in love with my lovely anak usrah.
kali pertama diberi tanggungjawab pegang liqa', sumpah, ia bukan satu kebanggaan.
melihat mereka yang betul-betul mahu berubah, buat aku berair mata.
ia satu tanggungjawab.
setiap minggu, mereka excited tunggu sms aku untuk usrah.
dan haritu, di celah kesibukan aku, terpaksa batalkan sesi.
dapat reply dari salah seorang dari mereka,
"ala yeke. hm. takpe la."
Allah. serba salah dibuatnya.
lalu aku cuba juga untuk buat dalam minggu yang sama, pada hari yang lain.
setiap kali aku bagi sharing, semua diam.
kadang-kadang risau juga takut apa yang aku sampaikan berat untuk mereka digest.
takut juga kalau apa yang aku cakap buat mereka bosan.
tapi bila aku tanya kenapa diam sangat, jawabnya,
"kitorang tengah fokus apa zahidah cakap ni. hehe."
mashaAllah. comel sangat.
mungkin, kali pertama aku dapat tanggungjawab ni, Allah belum uji dengan kerenah yang pelbagai.
yang macam diceritakan akhawat di tempat lain.
tapi diizinkan Allah aku pegang mereka yang himmahnya tinggi juga satu ujian untuk diri aku sebenarnya.
macam mana aku nak adapt untuk sampaikan apa yang patut aku sampaikan.
wallahi, aku sayang mereka.
dan sungguh, there's no turning back.
jalan ini, jalan yang aku pilih, dengan izin Dia.
semalam, ada seorang kakak tanya aku,
"awak dapat tarbiyah dari mana ye? hehe."
aku terdiam kejap.
kalau nak kata yang official, dan ada tanzim, memang sangat kurang.
Allah izin turning point aku lepas aku baca Hlovate's.
kemudian aku mula explore dari blog ke blog,
seorang demi seorang aku kenal,
buat network sendiri.
dari seorang ke seorang aku tanya pasal usrah di Pilah.
sungguh,
memang tarbiyah di bumi Pilah ni sangat kurang.
in fact, dekat Negeri Sembilan
sendiri.
payahnya nak cari akhawat yang boleh bawa kami.
sampai ada satu masa aku literally terduduk dan menyoal,
"kenapa susah sangat, Ya Allah?"
astaghfirullah.
tak patut aku menyoal macam tu.
sungguh lah.
lama-lama aku sedar, Allah uji aku macam ni supaya aku cherish tarbiyah yang aku dapat.
regardless of cara aku dapatkannya.
kawan-kawan ajak sambung dekat overseas lepas diploma,
tapi bila aku tengok betapa tandusnya tarbiyah dekat sini,
aku rasa seolah-olah Pilah perlukan aku.
aku rasa macam aku nak masuk uni yang dekat dengan Pilah,
so that aku boleh ulang alik.
dekat UiTM ni sendiri, dakwah dan tarbiyah mula nak menapak.
usrah pun baru nak bermula.
kalau nak ikutkan aku yang kurang dapat tarbiyah secara official,
aku boleh je bagi alasan yang aku tak layak, belum mampu, etcetera etcetera.
tapi aku tau,
kalau bukan aku, kalau bukan kami, yang ada kefahaman sikit-sikit ni, siapa lagi?
dan kalau bukan sekarang, bila?
semoga tummuhat aku Dia redha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment