Tuesday, October 23, 2012

tempat jatuhnya cinta


masjid klia,
hujung minggu

sabtu dan ahad lepas aku diizinkan Allah untuk menyertai satu program bersama adik-adik dari KMB. bukan sebagai fasi, tapi sebagai peserta. mulanya terasa sedikit outlier, aku satu-satunya peserta dari luar, dan *kof kof* paling tua. rata-rata mereka muda dua tahun dari aku. ada juga yang setahun lebih muda. tapi menjadi seorang zahidah, aku tak berapa kisah untuk ke mana-mana program walau tanpa teman. mungkin disebabkan aku jenis yang pendiam, jadi aku bawa diri dengan cara mendiamkan diri dan memerhati, dan berkata bila perlu. sedikit terharu bila adik-adik yang mula approach aku, melayan aku dengan baik, bertanya itu ini. mulanya agak kekok, tapi aku seronok melayan mereka. jatuh sayang. sayangnya aku pulang  ke rumah sebaik sahaja solat subuh pagi ahad tanpa sempat bersalam dengan adik-adik. ada jodoh kita jumpa lagi, ya! semoga Allah terus menyuburkan hamasah dalam diri adik-adik yang baru berkenalan dengan sebuah jalan cinta para pejuang.

aku sentiasa ada sebuah perasaan yang tak dapat aku gambarkan tiap kali aku ke masjid. aku mula sedar hakikat ini sejak mini masjid-hopping aku ramadhan lepas. masjid pertama tempat jatuhnya cinta adalah masjid putrajaya. ketika duduk seorang diri membuat refleksi, hati aku terasa lapang, seakan terpujuk. sungguh. seterusnya masjid shah alam. bacaan dari imam yang menggugah jiwa. kerdilnya aku. hinanya aku. cuma hamba yang menumpang di bumi, meminjam setiap helaan nafas dari Dia.

sepanjang keberadaan aku di masjid klia minggu lalu, setiap kali keluar dari bilik seminar, aku akan mendongak memandang indahnya kubah masjid, dilatari langit biru dengan pintal awan yang memutih. setiap kali itu, perasaan yang tak tergambar meresap ke seluruh urat. sungguh. bukan aku exaggerate. sewaktu kuliah sepuluh minit usai solat maghrib disampaikan seorang adik yang berumur 19 tahun, antara kata-katanya yang aku ingat, (lebih kurang begini)

"every time i come here, this magnificent building, i'll always feel "mashaAllah". it's like a place for soul purification. i don't know bout you guys. but that's truly how i feel."

and that's just exactly how i feel.

sewaktu hari menginjak senja pada petang sabtu, dari bilik seminar kelihatan pemandangan matahari yang mahu terbenam. seorang pencinta alam seperti aku cepat-cepat keluar dari bilik seminar memandangkan waktu itu adalah waktu persiapan menunggu maghrib, peserta bebas bersiap, berehat, mengaji dsb. dan aku sudah pun mempersiapkan diri. untuk tidak menampakkan kepelikan aku yang tiba-tiba keluar menuju ke hujung untuk mengintai-intai matahari terbenam, aku pun menelefon umi. sambil berborak sambil mata aku tak henti memandang segenap pelusuk masjid. subhanAllah. kata aku pada umi,

"umi, masjid ni sangat sangat cantik mashaAllah."

'angah jadi photographer la ngah. ambil gambar masjid, buat dokumentari.'

"ha umi bagi ke kalau angah nak ambil course photography? macam best jugak. buat portfolio ke. pastu travel ambil gambar masjid kat turkey ke, spain ke. haha berangan. tapi angah tak kreatif mana pun. selalu ambil gambar suka-suka je."

'tapi awak tu perempuan. susah nak ke sana ke sini.'

"okay la mi. angah kahwin dengan photographer pun ok jugak kan? ada geng."

cita-cita tinggi sungguh ya zahidah, nak travel sana-sini ambil gambar masjid. oh. ayat last aku pada umi tu boleh abaikan. sekadar gurauan. aku sikit pun tak terdetik nak sibuk fikir fasal baitul muslim lagi setakat ini. baik fikir tentang dakwah dari fikir tentang ikhwah.

dinihari esoknya kala aku mahu turun ke aras bawah untuk solat, aku teruja melihat lampu-lampu jalan yang banyak, tersusun. latest habit aku adalah membuka cermin mata di malam hari bila berada di atas jalan, di dalam kereta. lalu pandangan aku membentuk bokeh. masih belum pandai buat bokeh guna kamera, guna mata sendiri pun boleh. oh anda yang tidak rabun itu, bersyukur dengan mata yang sihat ya. aku dengan caraku, bersyukur Allah bagi aku sedikit kekurangan - rabun dan astigmatism - lalu cara pandang aku pada waktu malam dan lampu-lampunya juga berubah. aku senyum sendiri setiap kali aku buat begitu. selalu saja, kesyukuran itu datang dari hati, bukan dari material.

oh.
ada satu yang terdetik dalam hatiku sepanjang aku di situ.

"aku bukan maryam."

maryam. ibunya nabi 'isa 'alaihissalam. 

"(Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk".

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab."

[Surah 'Ali 'Imran : 35-37]

hendak diikutkan hati, mahu saja aku tinggal di masjid. tapi monolog hati aku terus-terusan berkata, 
"aku bukan maryam, aku hanya seorang zahidah yang masih punya terlalu banyak tanggungjawab di luar sana. di luar dari lingkungan masjid ini."

dan Islam itu sendiri, bukan tertakluk pada ruang lingkup masjid sahaja.

memetik kata-kata dr. amr khaled yang aku terjumpa di sebuah blog,

"Musibah terbesar umat Islam pada hari ini khususnya (pemuda islam) adalah dengan memandang agama (Islam) hanya pada masjid!"

betul. sangat betul. apabila Islam dipisah-pisahkan dari sudut kehidupan, agenda sekularisme mereka yang menentang Islam nyata berjaya. 

sungguh.

ini
tugas
aku,
kamu,
juga mereka
yang
Allah
izin
untuk
punya
kefahaman.

selamat datang ke jalan cinta para pejuang.

p/s: sedang berusaha menghabiskan pembacaan zero to hero dan jalan cinta para pejuang
p/p/s: sedang diuji. mohon 'tembak'kan doa. jazakumullahu khairan kathira.
p/p/p/s: terinspirasi dengan penulisan kak umairah shafei, sedikit sebanyak mempengaruhi penulisan aku, mungkin. aku masih lagi tercari-cari identiti dalam menulis.

No comments: