Thursday, October 18, 2012

kerana aku sayang


belakangan ini,
air mata jadi murah.

sungguh.

aku dulunya sewaktu bayi seorang kaki tangis.
kata umi, dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi esoknya aku menangis terus.
setiap hari. setiap hari, bayangkan!
betapa umi sabar dengan kerenah aku.
siang harinya pula aku senyap, tidur, rumah umpama tiada anak kecil.
sehinggakan jiran-jiran pelik.
kata umi, kadang-kadang jiran-jiran mahu menjenguk bila tangis itu tak berhenti, tapi mereka takut kalau yang menangis itu bukan bayi tapi...
aha. faham kan?

lalu aku membesar menjadi anak sulung.
umur 2 tahun aku dapat adik pertama.
adik-adik yang seterusnya sewaktu aku berumur 4, 7, 9 dan 12 tahun.
tanpa sedar aku jadi keras.
air mata bukan senang-senang jadi peneman.

jatuh basikal, aku jalan balik rumah tunjukkan luka pada umi.
sewaktu darjah enam dihantar ayah ke kelas tambahan, ibu jari tersepit pintu kereta ayah.
aku diam tak berperasaan, walhal kuku sudah biru dengan darah beku.
aku diam- semata sebab ada dua orang budak lelaki yang lalu di situ dan sebab ego, aku tak mahu terlihat lemah.

aku punya ego yang buat konon aku rasa seperti android.
android tanpa perasaan.

tahap kronik dan sukarnya aku menangis adalah sehinggakan sewaktu aku di maktab dulu, aku perlu telefon umi setiap kali aku rasa seperti mahu menangis tapi tiada air mata yang keluar.
bila aku telefon umi, aku minta umi tinggikan suara pada aku, aku minta umi guna 'reverse psychology' pada aku sehingga aku dapat menangis.
dan aku lega bila aku dapat menangis.

seperti itu aku yang dulu.

tapi titik sensitif aku adalah pada umi ayah, keluarga, saudara sesama Islam.

aku menangis di kem-kem sewaktu sesi muhasabah.
aku menangis bila menonton video-video yang menyentuh.
kalau cerita yang buat aku mengalir air mata pun cerita-cerita yang memberi inspirasi dan ada nilai kemanusiaan.
aku menangis tengok cerekarama yang anaknya cacat dan ibunya malu punya anak seperti itu.
aku menangis tengok cerita akeelah and the bee.
aku menangis tengok cerita ip man.
aku terharu dengan inspirasi.
aku tak menangis tonton filem-filem cinta.
kalau nur kasih the movie pun, aku menangis bahagian emak adam bercakap dengan nada sebak.

selepas aku ditampar-tampar dengan hidayah dan tarbiyah, mula mendapat kesedaran dakwah, aku jadi makin sensitif.
ya, mungkin, himmah dan hamasah bertambah, tapi dalam aku menjadi makin sensitif.
aku sensitif bila memikirkan orang-orang yang aku sayang.
nak DF?
cuba bagitahu aku apa caranya?
aku rasa seakan satu beban atas bahu, rasa yang membuku dalam hati.

kerana aku sayang, aku jadi sangat sensitif.
kerana aku sayang, aku cepat sebak.
kerana aku sayang, aku boleh sambil bercakap tiba-tiba tanpa sedar air mata meleleh.
kerana aku teramat sayang, aku tak betah tengok orang yang aku sayang seakan tidur dalam celik.
kerana itu, kerana aku sayang.

rasa yang aku tulis ini tak sampai sepuluh peratus pun dari apa yang aku luahkan lewat sujud dan rintih aku pada Dia.

aku pujuk diri-

wasta'inu bissobri wassolah, zahidah.
wasta'inu bissobri wassolah.

aku didik diri-

'jangan bandingkan kisah awak dengan kisah orang lain, zahidah. Allah lagi tahu apa yang terbaik. minta pada Dia, jangan putus harap. awak tak boleh putus asa, putus asa bukan sifat mukmin.'

berkali-kali aku berangan.
law kana bainana-
law kana bainana-
andai Rasulullah masih ada,
aku mahu bergegas lari ke rumah baginda dan duduk terjelepuk di hadapan baginda dan mengadu rasa hati.
tapi baginda Rasulullah itu juga manusia,
dan manusia tak hidup selamanya.
Allah itu Pencipta manusia, semua makhluk yang ada,
sifat-Nya bertentangan dengan ciptaan-Nya.
Allah itu Maha Hidup, tidak pernah mati.
Dia yang Awal, Dia yang Akhir.
pinta pada Dia, zahidah.
menangis terus pada Dia, Dia takkan sia-siakan kamu.

betapa aku harap untuk sampai ke tanah sana,
Mekah dan Madinah.

menangis,
dan bangkit kembali.
ketahuilah ramai yang punya hak atas diri kamu.
kamu bukan hidup semata untuk dirimu,
erti hidup pada memberi.

No comments: