Rasa macam dah lama tak tulis entri yang ada isi. *kof kof*
Bizi dengan finals. Huk.
Kisahnya, pagi tadi membelek dan membaca JOM! Edisi 4 yang bertajuk Tarbiyah Luar Biasa dengan penuh khusyuk. Baca 2-3 artikel, terdetik rasa ada benda yang lagi utama nak kena buat. Maka JOM! pun ditutup dan keluar ke depan pintu rumah untuk mengambil sneakers purple yang kotor akibat meredah hujan dan lecak malam tadi.
Kemudian, sneakers dibawa dengan penuh kasih sayang ke toilet untuk dicuci dan disental. Vanish dan Attack dicampur di dalam gayung lalu dicampur sedikit air. Kemudian aktiviti memberus dan membasuh kasut pun bermula. Teringat zaman sekolah pabila setiap Sabtu dikerah inche Ayah dan puan Umi untuk membasuh kasut.
"Angah! Pergi basuh kasut!"
kredit kepada inche gugel
Wahai. Basuh kasut pun nak kena bersuruh. Ehe. Tu zaman dolu-dolu. Zaman belum matang. *kof kof*
Ok berbalik kepada cerita sneakers. Menjadi seorang Zahidah yang fikirannya suka menerawang dan suka buat falsafah sendiri, beliau pun mula terfikir,
"Kotor dekat kasut senang nak sental. Jahiliyah dalam diri? Hm hm."
Aktiviti memberus kasut diteruskan sehingga selesai. Wah! Puas hati, kasut wangi, kawasan yang diperbuat dari getah yang ada palitan hitam pun sudah bersih lantaran usaha memberus dengan penuh bersungguh.
Namun kemudiannya lantai bilik air pula berpasir. Datang pula aura semangat nak mencuci tandas di pagi hari, lalu Dettol pun dituang di lantai bilik air, ditambah dengan sabun Attack kegemaran diri.
kredit kepada inche gugel
Berus pun diambil lalu dia mula memberus lantai bilik air. Dengan perasaan mahu release sedikit tension melalui aktiviti mencuci tandas, dia pun meletakkan fokus pada aktiviti tersebut. Sekali lagi, dia mengibaratkan mencuci tandas tu seperti membuang karat-karat jahiliyah.
Wahai, kalau lah jahiliyah itu boleh dilihat, sudah pasti kita akan bersungguh mahu membuangnya. Biarpun sakit pinggang sebab membongkok mahu mencuci kawasan-kawasan yang susah dicuci.
Wahai, kalau lah jahiliyah itu ibarat najis yang terlekat pada baju, sudah tentu cepat-cepat dicuci, direndam dengan sabun, dengan softener dan bahan-bahan yang akan membuatkan baju tersebut jadi wangi dan bersih kembali.
Tapi sebab jahiliyah itu perkara yang tak kelihatan, yang mendarah daging dalam diri, lalu dibiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa.
Perasaan setelah mencuci tandas itu sumpah memberi kepuasan kepada diri!
Sama lah juga bilamana karat-karat jahiliyah dapat dibuang sepenuhnya dari dalam diri, wallahi, saat itu, tenang yang dicari-cari selama ini akan dapat ditemui! Sungguh!
Memang, memang nak buang jahiliyah bukan semudah mencuci tandas. Tapi..teruskan langkah! Jangan putus asa dengan rahmat Allah!
Oh ya, salam Jumaat yang penuh barokah! Al-Kahfi jangan lupa!
p/s: saya menulis untuk peringatan diri. supaya saya sentiasa ingat macam mana puasnya hati saya bila saya mencuci toilet
p/p/s: umi saya kata saya ni suka sangat buat falsafah sendiri. mungkin saya perlu further dalam bidang falsafah dan jadi seperti tokoh falsafah islam.
p/p/p/s: cikgu sekolah rendah saya cakap, cari suami yang rajin cuci toilet. kalau dia rajin cuci toilet, maknanya dia boleh menundukkan ego dia. haha. wallahua'lam. tak tahu betul ke tak teori tu. dan saya tahu tak ada kena mengena statement cikgu dengan entri ni, tapi sebab setiap kali cuci toilet, saya akan teringat pesan cikgu saya ni. saya rindu kat cikgu! moga Allah merahmati cikgu sentiasa.
-yang sentiasa dalam proses membuang karat-karat jahiliyah dalam diri,
za


No comments:
Post a Comment