Monday, October 29, 2012

tarbiyatul aulad


"yo brotha! nak jadi handsome dan pandai kena rajin mengaji, ok?"

'ok sista!'

***

"luqman, angah cuti ni angah nak luqman mengaji sampai juz 4 ok. deal brotha? jom kita salam tanda deal."

'deal!'

***

"luqman boleh main game, tapi asar nanti kena pergi surau, ok?"

'ok! tapi angah kena hantar luqman. sebab luqman takut ada anjing kejar luqman.'

***

"luqman, ayah dah pergi surau dulu. ni ayah sms angah suruh luqman solat isya' kat surau."

'alaa... malas la.'

"jom laaa cepat. angah hantar meh. naik basikal.'

***

'angah, petang ni luqman nak sapu depan rumah.'

"sapu daun-daun ke?"

'aah. pastu kita ajak ayah basuh kereta sekali.'

***

aha. jangan tertipu. aku dengan luqman tak selalunya baik macam ni. ada masa-masa dia keluar tantrum dia, dan aku pula ada masa-masanya telinga berasap juga dengan dia. tapi sebab dia satu-satunya adik lelaki yang aku ada, wallahi aku sayang dia. sangat sayang. aku mahu dia jadi soleh. dan musleh.

banyakkkk sangat kena sabar dengan bujang sorang ni. sebab dia pandai. dan kadang-kadang dia suka tunjuk pandai. haha. geram la jugak bila kena macam ni.

contoh waktu dia mengaji,

"luqman, kat ayat ni boleh berhenti."

'tapi ni tanda 'sod lam ya' la angah. lagi bagus kalau baca terus. kalau 'qof lam ya' tu yang elok berhenti. apa la angah ni. tu pun taktau ke.'

"err. okay."

dan dia juga sangat cepat merajuk. ini paling stres.

"luqman, luqman dah main game lama sangat ni. dah dah, stop main."

'angah ni kedekut la! huh!'

kalau kena mood dia sikit-sikit nak merajuk tu, memang eiii mashaAllah rasa nak cubittttt je. tapi cubit bukan caranya kan? kena cakap baik-baik, kena jadi geng dia, kena dengar dia bercerita pasal komik dia.

pernah sekali tu tacing dengan dia.

"luqman, petang ni kita main badminton nak?"

'taknak la. tak best dengan angah. kalau dengan abang M lagi best.'

k... dia cakap kakak dia tak best...
(abang M adalah jiran sebelah rumah yang rajin melayan budak-budak.)

i learn a lot from my Luqman.
probably it's because as he's growing up to explore the world, i'm growing up and turning into the phase of adulthood.
umi and ayah are growing older too, at times they might be less energetic to do interesting stuffs as they did to us the older sisters back when we were little. i strongly believe that it's time for me to take part and play the role as well.

i make du'a that Allah will keep the love between us all for His sake and may He reunite us all with our dearest Along whom we've never met (that's why i'm being called as 'angah' in my family, we do have an eldest brother but Allah loves him more. umi ayah want us all to remember that we've an Along) and our other relatives in His Jannah. Allahumma ameen.

he takes up the skill from ayah. 
anak-anak umi ayah yang lain tak pandai melukis. 

kadang-kadang bila dia buat perangai,

"ei luqman tau tak luqman kecik dulu angah yang cuci luqman punya b**** k****** semuaa? jangan nak macam-macam eh."

huh.

bayangkan tiap kali aku buat perangai, umi ayah ulang semua benda yang mereka dah buat untuk aku.

bukan senang nak jadi ibu bapa.

"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayanii soghiiro."

No comments: