Wednesday, November 21, 2012
sepanjang jalan
dengan nama Allah, yang tanpa izin-Nya tiadalah aku punya ilmu yang mungkin cuma setitik atau kurang dari itu dari sekian lautan ilmu-Nya yang Maha Luas
[mentah]
tapak kaki yang melangkah dalam jalan ini, masih belum tegap. saat diri masih dahaga untuk terus dihidang dengan minuman tarbiyah yang menyegarkan ke segenap urat, digesa pula untuk menghidangkan minuman itu ke sekian jiwa-jiwa yang turut dahaga. lalu dengan segala kelemahan, langkah seterusnya diambil. kalau bukan aku, siapa? kalau bukan sekarang, bila?
pernah dalam satu sesi bersama 'anak-anak' ku, aku hilang kata. langsung-langsung. terdiam. berkali-kali istighfar. mata-mata mereka tetap setia menunggu aku menyambung ayat seterusnya. malu. malu dengan diri, malu dengan mereka, paling malu dengan Allah. mungkin saja pergantungan aku belum cukup pada Dia Yang Maha Bijaksana. bagaimana agaknya perasaan Nabi Allah Musa, saat diperintahkan untuk menghadap Fir'aun, sang pemerintah yang paling kejam, paling angkuh, paling lupa diri hingga berani mengaku dirinya Tuhan. untuk menghadap Fir'aun, dengan lisannya yang kurang lancar. lalu dia meminta pada Rabbnya.
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
Supaya mereka faham perkataanku;"
[20:25-28]
aku bukanlah orang yang paling lancar lisannya. aku juga bukan orang yang paling berkeyakinan untuk bersuara. sebab itu aku lebih suka mengekspresikan diri melalui penulisan. tapi aku takut bila seorang akhawat yang sangat aku sayangi berkata,
"za, orang-orang sekeliling za semua ada hak atas apa yang za tahu."
atas segala ketidakcukupan, ilmu yang teramat cetek, apa yang aku belajar,
"Hasbunallahu wa ni'mal wakeel."
dan bila-bila hubungan dengan Allah ada yang kurang,
terus sahaja hubungan dengan manusia akan compang-camping.
ia hubungan yang berkadar terus. directly proportional.
[tazkiyah]
bagaimana mungkin aku mampu untuk membantu mereka mensucikan hati dan diri bila aku sendiri ada karat jahiliyah yang mungkin tak terlihat oleh manusia, tapi sentiasa dalam pemerhatian Allah Yang Maha Teliti?
terlalu banyak lagi cela dan kurang.
tunduk malu.
[dzatiyah]
saat berlari seiring dalam jama'ie, kurangnya tarbiyah dzatiyah mungkin jadi penyumbang kepada kekurangkan kepada gerakan keseluruhannya. sebagaimana marahnya Al-Fateh pada seorang tenteranya yang baru memeluk Islam yang dijumpai meminum arak akibat tekanan (rujukan: novel sejarah Al-Fateh karya Pak Latip). sama juga kepada isu saudara seIslam di Gaza sana, takkan terbebas selagi mana umat belum terislah. mereka sudah sedia dijanjikan syurga-Nya. kita?
malu lah wahai diri yang mengaku du'at. jika tarbiyah dzatiyah pun masih belum mantap.
"Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh da'wah. Masih ramai dari kalangan orang-orang mukmin, bilangan mereka sudah mencukupi untuk menegakkan kebaikan yang kita cita-citakan, tetapi dengan syarat apabila mereka mengenali tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), zuhud terhadap dunia, menjauhkan diri dari fitnah, sabar atas segala mihnah dan memahami seni memimpin ummat."
[jujur]
"tujuan kena jelas. Allah bagi bila awak betul-betul jujur dengan apa yang awak minta."
-kak Ida
mahu menulis lebih banyak. tapi tanggungjawab pada dunia nyata juga banyak.
doakan saya istiqamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment