Friday, November 9, 2012

dia yang pernah gagal


sewaktu dia gagal dalam dua subjek dua semester lepas, dia langsung tidak menangis. malah sewaktu kawannya, A menelefon untuk mengadu tentang keputusannya yang tidak mendapat anugerah dekan, dia berkata kepada A,

"alhamdulillah sangat results awak ok. inshaAllah, mak awak tak marah. usaha lagi untuk next sem. dah dapat results, tak boleh ubah apa-apa lagi. bersyukur dengan apa yang Allah bagi. and awak, kita ada paper yang failed tau. "

kerana A takut dimarahi ibunya.

dia tidak menangis, tapi self-esteem nya teruk tercalar. keyakinannya jatuh merudum. dia malu. dia sedih kerana dia merasakan dia memberi imej buruk kepada mereka-mereka yang membawa islam, yang bertudung labuh. rasa malu bertambah bila orang punya high expectation pada dirinya hanya kerana dia pernah mendapat anugerah dekan dengan pointer yang agak tinggi. walaupun di hadapan orang dia menunjukkan yang dia ok, memberi semangat kepada orang lain, hakikat sebenar dia lebih memberi semangat kepada dirinya sendiri. dan dia cuba untuk memberitahu kepada rakan-rakannya yang Allah takkan uji kalau kita tak mampu. dan Allah takkan mengubah nasib kita tanpa kita berusaha. berkali-kali dia mengulang kepada orang yang di sekelilingnya. setiap kali itu juga sebenarnya dia belajar meyakinkan diri sendiri. bahawa Allah tahu dia mampu untuk endure kegagalan. bahawa Allah mahu memberi pengajaran untuk dirinya.

dia bangkit. semester seterusnya keputusannya meningkat, walaupun tidak seberapa. salah satu dari dua subjek yang gagal diambil semula dalam semester itu. dia betul-betul rasa teramat payah. dia tidak suka mengira. subjek itu subjek calculus. carry mark tak seberapa. finals pun dia cuba buat setakat yang dia mampu. kemudian dia berserah. jauh dalam sudut hati, dia trauma untuk gagal lagi. Allah Maha Pemurah, dia berjaya lulus.

semester seterusnya, dia ambil semula satu lagi subjek yang dia gagal. dia tidak suka physics. latihan yang dia buat tidak seberapa. cepat sangat dia rasa lelah bila menjawab soalan-soalan physics. cepat sangat dia jadi mengantuk bila buat physics. carry mark nya rendah. malah, satu kelas mendapat carry mark yang tersangat rendah. hampir semua pelajar mendapat carry mark yang kurang dari separuh, bayangkan! dia cuba perbanyakkan menjawab soalan-soalan semester lepas. dalam finals, Allah izin, topik-topik yang dia tekankan tak masuk. Allah, dan hanya Allah tahu betapa dia tersangat takut untuk gagal. mungkin sahaja kalau dia gagal lagi, dia terpaksa extend semester. tidak dapat grad on time bersama kawan-kawan lain. paling utama, dia takut dia menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. itu paling utama. dia tak mahu mendengar statement sumbang seperti

"itulah, sibuk dengan bulatan gembira je. sibuk program sana-sini. study lingkup."

dia takut.

kepada Allah dia adukan rasa takutnya. dia menangis. dia tak suka untuk menangis di hadapan orang. jadi dia pilih untuk menangis pada Rabbnya. dia tahu, usahanya kurang. amalnya juga tak seberapa. solat dhuha dan solat malamnya tidak konsisten. di antara rasa harap dan takut, dia berserah sepenuhnya. tawakkal. dia berdoa agar dirinya tak menjadi fitnah kepada islam yang dibawanya, kepada dakwah dan tarbiyah.

setiap kali ada saudara mara atau jiran tetangga yang bertanya,

"dah tahun berapa?"

yang terkeluar dari mulutnya,

"3rd year. satu sem lagi inshaAllah."

walaupun dia takut, dia takut kalau dia terpaksa extend. dia pujuk diri untuk yakin dan terima apa saja yang Allah beri padanya.

bila ayahnya bertanya,

"amacam sem ni? boleh 3 pointer?"

laju dia menjawab,

"inshaAllah boleh."

walaupun dia takut ayahnya sedih dengan keputusannya. dia panjatkan doa. semoga keputusannya nanti buat ayah dan ibunya lega, gembira.

malam keputusan keluar, dia tunggu dan menunggu di hadapan laptop. dia berlegar di ruang social network, melompat dari sana ke sini, membaca itu dan ini. hingga kemudian dia rasa masanya terbuang begitu saja dengan sia-sia. walhal dia boleh membaca surah al-kahfi sehingga habis, dia boleh menunaikan solat sunat. tapi dia menunggu dan menghabiskan masa begitu saja. rugi, sungguh rugilah dia. bila dia rasa terlalu serabut untuk menunggu, dia ke tandas untuk berwuduk, kemudian dia solat sunat wudhu'. hendak tahajjud, dia tidak tidur. dia berdoa lanjut, masih lagi memohon supaya dirinya dijauhkan dari menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. dia tak mahu keciciran dari gerabak yang terus bergerak laju itu.

selesai solat, dia kembali ke hadapan laptop. dia cuba memeriksa email. oh, ya Rabb! itu, itu keputusannya. laju dia klik pada email tersebut. bukan pointer yang pertama dipandangnya. matanya laju melihat keputusan semua subjek. Allah Maha Pemurah, Allah Maha Baik, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengabulkan Doa, dia lulus, lulus semua subjeknya. lulus subjek physics yang diambil semula.

pointer nya? Alhamdulillah. tidak mendapat anugerah dekan, tapi hampir-hampir dengan apa yang dia target. seperti apa yang dia janjikan pada ayahnya. dia terlampau sebak, matanya terus basah. untuk seorang yang sangat selalu in composure dalam mengawal perasaan, menangis dengan spontan sangat jarang terjadi pada dia. dari ruang tamu, dia berlari ke bilik dan menyarung telekung kembali, untuk sujud syukur kepada Rabbnya yang Maha Pemurah.

dosanya banyak.
amalnya sedikit.
dia dalam DnT masih mentah, masih bertatih, ada masanya dia jatuh terjelepuk.
tapi sungguh, Allah-Dia lah Al-Khaliq, Dia lah Rabb, Dia lah Ilah satu-satunya, Yang Esa kepada hamba kerdil yang lemah.

"Nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?"
[Ar-Rahman]

segala puji bagi Allah.

semoga dia meneruskan usaha untuk semester terakhir sebagai pelajar diploma.
semoga dia terus belajar untuk berlari.


akan putus fius tanpa Qur'an

2 comments:

LightsOfHonesty said...

hehehe, mekk, aku baca cerita ni elok2 as DIA (walau aku tahu siapa DIA dan siapa A --yg kini telah bertukar namanya jadi I.haha)> Pastu,ada satu part tu, part dialog, DIA telah bertukar menjadi Zahidah. Camano ni mek, tak sampai tahap Hlovate lagi ni. hehehehehe

zee said...

Hahahaha ok dah tukar! Pergh Hlovate tu memang tak la weiii