bismillah.
ini adalah entri meluahkan perasaan.
semoga tak terikut-ikut oleh rasa, semoga yang membaca juga boleh mendapat sesuatu
antara sisi lemah yang masih cuba diperbaiki adalah
sikap sensitif, mudah terasa.
tapi Allah bagi pula satu sikap yang suka menyorokkan rasa itu.
topeng yang dipakai selalunya adalah
senyum dalam cubaan melapangkan rasa hati
atau
buat muka tak ada perasaan, konon sikit tak terkesan
konon hati kering, jiwa besi.
"biar, biar kita yang terasa. jangan orang lain terasa disebabkan kita."
entah bagaimana, dari dulu, itu yang diajarkan kepada hati, diminta pada akal untuk memahami.
jarang ada yang perasan, tapi selalunya mesti kalah pada umi ayah,
sekilas pandang mereka boleh tafsir perubahan wajah.
dalam buku jalan cinta para pejuang,
disebutkan di situ bahawa ekspresi wajah, walaupun dibuat-buat,
akan melahirkan emosi yang sama dengan ekspresi wajah yang terhasil secara natural.
maksudnya, senyum juga boleh mendatangkan rasa senang pada hati,
sebagaimana sebuah senyuman itu terhasil dari hati yang senang.
er. berbelit. tapi faham kan? inshaAllah.
oh.
playlist yang mendayu dengan lagu opick, ditukar kepada justice voice,
kumpulan nasyid dari indonesia.
lirik yang tak kurang bermakna dari lagu-lagu opick, tapi ceria.
acapella.
"Rasa syukur yang kita curahkan
Tiada sebanding dengan limpahan rahmat-Nya
Kadang kita terbuai untuk mengingkarinya
Terhanyut dalam maksiat dan dosa"
ya.
mungkin setiap kali rasa kurang senang, terasa hati,
seakan mahu merajuk, kunci jawapannya adalah untuk bersyukur,
atas senarai kesyukuran yang takkan pernah mampu untuk ditintakan dengan tujuh lautan, dan diganti lagi dengan tujuh lautan yang sama.
menghargai kebaikan-kebaikan, bukan terus ditutup dengan satu cela.
mengembalikan rasa hati pada Dia.
bukan semata terikut-ikut dengan perasaan.
ayat dalam 'Dalam Dekapan Ukhuwah' yang memberikan kesan,
'Dalam dekapan ukhuwah, kita menginsafi bahwa diri kita adalah orang yang paling memungkinkan untuk diubah agar semua hubungan menjadi indah'
pokoknya kembali ke dalam diri sendiri.
da'ie tak boleh berjiwa kecil.
harus berjiwa besar. BESAR. BESAR.
Allah, terima kasih kerana mendatangkan rasa lega setiap kali aku menulis.
#Alhamdulillah
mahu jadi hamba yang bersyukur bila diberi nikmat, sabar bila diuji.
mahu jadi mukmin yang ajaib.
[inspirasi dari hadis Riwayat Muslim]
hidayah itu Dia yang beri.
terus sabar.
terus.
biar diherdik, biar.
belum lagi dihumban dengan isi perut unta sewaktu sujud,
belum pernah dijerut leher sewaktu sedang ruku'.
[sirah baginda sollallahu 'alaihi wasallam]
yang menyentuh hati itu Dia.
ikhlaslah dalam menyampaikan.
dalam terus mendoakan.
p/s: inshaAllah nota dari serumpun akan ditulis kemudian. biiznillah. in short, perjalanan ke serumpun dan semua yang dialami, semuanya adalah perancangan Allah yang hebat, benar-benar hebat! Allahu Allah.
2 comments:
you make me rewinding back all those good days when i played justice voice!
jadikan hatimu sebesar tasik! salamatus sadr, berlapang dadaah duhai sayangku :D
pinjam heartless kau ni :)
Post a Comment