Teruslah berlari.
Teruslah belajar untuk mengejar.
Jangan berhenti, erti hidup pada memberi.
Selagi mana aku mampu, selagi mana aku tahu, selagi itu, teruslah terus.
Aku jadi takut bila mereka ucap terima kasih.
Sungguh. Rasa tak layak. Aku pulangkan semua kata terima kasih pada Kau, Ya Allah.
Pesan aku berkali-kali, kekuatan tu dari Allah, dik, bukan dari akak. Jangan pernah bergantung kat manusia, dik, bergantung pada Pencipta manusia dan seluruh alam ini, Dialah Allah.
Terima kasih Allah, untuk hari ini.
Terima kasih Allah, kerana beri pinjam masa untuk aku luangkan.
Terima kasih Allah, beri aku ilham untuk menjawab bila disoal.
Terima kasih Allah, beri aku ilmu untuk aku kongsi.
Terima kasih Allah, sebab hantar seorang adik untuk aku hari ini.
'Macam mana awak kenal akak?'
"Waktu akak jadi PM. Dengan waktu PVista Palestin. Tak tahu lah kak. Allah bagi ilham untuk saya perhatikan akak. Alhamdulillah saya dapat bercakap dengan akak hari ni."
'MashaAllah. Awak, akak pun tak sempurna tau.'
Sempurna.
Sungguh takkan mampu aku capai.
Segala puji bagi Allah Pemilik segala kesempurnaan.
Selawat dan salam buat Rasulullah sholllahu 'alaihi wasallam pemilik akhlak seperti Al-Qur'an.
No comments:
Post a Comment