Tuesday, December 18, 2012

Ikhlas.




Dalam surah Al-Ikhlas, satu perkataan "Ikhlas" pun kita takkan jumpa. Surah yang pendek tentang Allah Yang Esa. Dialah satu-satunya. The One and Only. Semalam Kak Ida cakap,

"tiap kli nk buat something, nk tulis blog, ask ourselves, for what purpose. dan insyaallah moga yang tu akan guide balik awak utk buat something hny kerna Dia."

Kita sendiri sedar yang Allah jadikan kita untuk jadi hamba Dia dan jadi khalifah pemakmur muka bumi ni. 51:56, 2:30. Masing-masing dah hafal kan. Waktu sharing dengan Kak Syikin time usrah sem lepas, kata Kak Syikin, dari surah Al-Ikhlas ni kita dapat conclude kan,

Ikhlas=Kerana Allah

Kadang-kadang hati kita ni senang je nak menerawang, niat simpang-siur. Konon nak justify apa yang kita buat tu ikhlas, walhal yang sebenarnya lain yang kita harapkan. Tolong orang katanya ikhlas, tapi bila orang tak cakap terima kasih dah terasa. Buat sesuatu katanya ikhlas, tapi diam-diam harapkan pujian. 

Dalam setahun ni banyak sangat benda yang jadi. Yang memaksa untuk keluar dari comfort zone. Untuk mula berfikir secara serius dan sesi muhasabah yang sekian memaksa diri untuk jadi jujur dengan reflection diri sendiri dalam cermin. Untuk melihat ke dalam cermin dan pandang ke dalam mata sendiri dan mengatakan "Ya, Zahidah, awak dah besar. Awak kena fikir banyak benda. Awak kena paksa diri jadi matang."

Sebenarnya semenjak dua menjak ni teringat ayat ni. Ayat yang pernah seorang makcik cakap, yang saya copy dari blog anaknya lama dulu,

"Pokok pangkalnya, Allah mengukur keikhlasan itu. Kalau noktah bidayahnya, keihklasan itu punya masalah, Allah akan buktikan kemerosotan dalam kerja-kerja dan usaha-usaha di jalan ini kelak."

Betul ke nak kejar matlamat redha Allah? Atau sibuk fikir diri sendiri je? Takyah main tipu-tipu la dengan Allah. Allah tahu setiap lintasan hati kita.

Stop and reflect.
Kena sangat-sangat banyak muhasabah.
Kena bagi clear sangat-sangat apa matlamat yang nak dicapai. 

Ada sorang kawan pernah cakap lebih kurang macam ni, tak cukup kalau awak nak masuk exam dengan stationery yang lengkap tanpa ilmu dalam dada. Memang awak menangis la menghadap paper tu nanti. Makanya awak kena study sungguh-sungguh, then only awak boleh masuk jawab exam dengan tenang dan betul-betul tawakkal sehabisnya dekat Dia. Mana aci tak usaha pastu nak duk doa je. Tak malu betul.

Hati manusia kan Allah yang pegang? Awak bukan boleh ubah senang-senang macam awak ubah menu harian awak. Hari ni nak makan aglio olio, esok nak makan nasi arab, esoknya nak makan fish and chips. Bukan macam tu. 

Bila dah buat pilihan, tambah lagi dengan guide dari Allah dan orang sekeliling, maka kena relax je. Kena belajar untuk tak jadi insecure. Kena belajar untuk percaya. Kena.

Dan semoga semua pilihan tu semata kerana Dia. Sebab kita ni hamba Dia. Hamba mana boleh lawan apa keputusan Tuannya.

Dah boleh senyum kan, sekarang?
Chin up, dear self.

Awak cuma kena percaya dan terus percaya. Allah bagi bila awak perlu, bukan bila awak mahu. 

Dan bak kata makcik, awak kena ikhlas. Allah nilai ikhlas awak tu. Kalau compang-camping, memang toksah nak fikir apa-apa la.

Umi pulak kata, let the time be the judge.

Dan saya nak kata, saya kena kuat dan ikhlas.

Rasanya uncertainties semua boleh tolak tepi. Masa untuk mantapkan amal dan gerak kerja.
__________________________________________________________________

Saya nak panjat Broga lagi. atau mana-mana bukit lah yang saya boleh panjat dan boleh duduk diam-diam dekat atas dan pandang alam sekeliling. Melihat betapa rumah-rumah dan kereta-kereta dekat bawah nampak macam mainan, saya rasa sangat kerdil bila saya cuba fikir siapa saya pada nilaian Allah.

Dan saya nak masuk hutan lagi. Saya suka dengar bunyi sungai dalam hutan. Saya suka bau pokok-pokok yang mengelilingi saya. Saya suka kasut dan seluar saya kotor dengan lumpur. Saya suka dekat dengan alam, mungkin sebab alam itu sendiri tak pernah berhenti berzikir pada Allah. Hinanya saya manusia yang Allah bagi akal tapi selalu terlupa. Ya, manusia itu sendiri asalnya dari perkataan insan yang sering terlupa. 

Tolong ingatkan saya bila saya terlupa, ya?
Tolong ketuk saya bila saya terlupa untuk ikhlaskan hati. 

Sometimes we need to be slapped literally.
Literally okayyy, bukan figuratively.

Okay.

Semoga Allah sayang saya dan awak dan kami dan mereka semua.
Allahumma ameen.

No comments: